CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 9, 2010

BaJu KuRuNg KuNinG KoSoNg (SBB 010)


Rasanya sudah lama tidak update blog kite ini...mungkin
sejak sebelum bulan ramadhan yang lalu...
pastinya banyak jahitan terbaru
yang dibuat oleh kawan sipenulis ini...

Hari raya baru-baru ini, banyak jahitan manik yang telah dibuat...
dan gambar-gambar dibawah adalah sebahagian daripada baju-baju kurung yang sempat
disiarkan untuk tatapan para pembaca...



Kain bewarna kuning kosong yang dihiasi dengan jahitan manik yang teratur ini
memberikan keserian pada sipemakai ini...
Warna yang dipilih bersesuai mengikut warna kain kuning tersebut...



Ini manik secara dekat gambar manik-manik yang dijahit pada lengan baju kurung...

Menggambarkan seperti bunga yang mekar...





Jahitan manik ini memerlukan pengamatan yang khusus bagi menhasilkan susunan
yang sama pada bahagian hujung tangan ini... memberikan keanggunan pada sipemakai
ini...

TERIMA KASIH kerana melawat laman kami...

BaJu KuRuNg PiNk KoSong (SBB 009)



Ini adalah baju kurung moden yang terhasil daripada kain kosong yang bewarna
pink. Kemudian, ianya ditambah dengan jahitan manik yang menjalar daripada bawah baju.
Sangat menarik untuk dipakai pada hari-hari keramaian seperti kenduri kawin dan sebagainya.



Jahitan pada lengan ini memerlukan pengamatan yang teliti bagi mendapatkan corak yang
indah seperti gambar diatas.


Jahitan pada bawah baju ini kelihatan begitu kompleks tetapi memberikan keserian pada si pemakainya... warna manik yang bersinar menampakan lagi keserian pada baju kurung tersebut.



Inilah gambaran penuh bagi baju kurung moden yang bewarna pink ini ... serta dihiasi
dengan jahitan manik yang pelbagai...

BaJu KuRuNg UnGu (SBB008)


Menyerikan lagi baju ini dengan gubahan manik yang menawan seperti
kuntuman-kuntuman bunga yang diserikan lagi dengan daun-daun yang bewarna
hijau yang menawan. Boleh dihiasi pada bahagian lengan baju.


Diantara bunga disambungkan dengan manik putih yang berturutan
menunjukan yang bunga tersebut tidaklah kelihatan keseorangan. Dan menambah
kekuatan bunga tersebut.



Warna bunga yang bewarna ungu dan krim (labuchi) adalah pilihan yang
menarik berdasarkan kepada warna kain tersebut. Gabungan warna tersebut
menjadikan pemakai kelihatan ayu bila memakai nya....

Saturday, July 17, 2010

MaNJa LarA (SBB007)

Baju yang bewarna 'pink' sahaja ini sangat sesuai jika dihiasi dengan jahitan manik berbentuk bunga selari dengan sifat kewanitaan si pemakainya. Warna manik tersebut dijahit mengikut warna kain tersebut. Boleh juga diganti dengan warna yang lain untuk menampakan lagi kesenian manik pada si pemakainya...

Ini gambar keseluruhan bunga bagi baju tersebut... Dijahit pada bahagian bawah baju ...

Jahitan manik ini juga boleh ditambah dengan beberapa lagi kuntum bunga untuk menyerikan lagi si pemakainya. Simple dan tidak begitu crowded. Keunikan jahitan manik bunga seperti 3 gambar diatas adalah tidak menggunakan jahitan labuchi keatasnya. Cukup hanya sekadar manik sahaja...
Jahitan manik ini dinamakan Jahitan Manjalara...

JaHitaN mAniK Pada BaHagiAN BawAh Baju KuRuNg..

MaNik LiLy (SS006)


Saturday, July 3, 2010

JAhitan MAnik jenis LAlanG pd Baju KurUng KunInG BelAng (SBB005)



SBB 005

SBB 005 adalah jahitan manik jenis lalang...
Memerlukan susunan yang teliti satu persatu ... bagi setiap manik ...

Boleh dijahit di pergelangan tangan dan juga di bawah kain...

Wednesday, June 23, 2010

BaJu KUrunG BiRu BeserTA ManiK (SBB004)

Baju kurung warna biru

Jahitan manik di pergelangan tangan

SBB 010

Jahitan manik di bahagian bawah baju


SBB004

Baju kurung yg bewarna hijau corak boleh ditambah dgn jahitan manik secara tabur beserta labuchi dibahagian luarnya. Seolah membentuk dua lapisan bunga yang indah. Nampak simple, tetapi memberi impak yang besar kepada pemakainya.
Manik dan Labuchi juga dipilih mengikut kesesuaian warna
baju kurung tersebut...

Berminat dengan hasil kerja tangan saya ???
Dan saya menerima tempahan dari corak yang ringkas sehingga kepada corak yang kompleks...