CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 9, 2010

BaJu KuRuNg KuNinG KoSoNg (SBB 010)


Rasanya sudah lama tidak update blog kite ini...mungkin
sejak sebelum bulan ramadhan yang lalu...
pastinya banyak jahitan terbaru
yang dibuat oleh kawan sipenulis ini...

Hari raya baru-baru ini, banyak jahitan manik yang telah dibuat...
dan gambar-gambar dibawah adalah sebahagian daripada baju-baju kurung yang sempat
disiarkan untuk tatapan para pembaca...



Kain bewarna kuning kosong yang dihiasi dengan jahitan manik yang teratur ini
memberikan keserian pada sipemakai ini...
Warna yang dipilih bersesuai mengikut warna kain kuning tersebut...



Ini manik secara dekat gambar manik-manik yang dijahit pada lengan baju kurung...

Menggambarkan seperti bunga yang mekar...





Jahitan manik ini memerlukan pengamatan yang khusus bagi menhasilkan susunan
yang sama pada bahagian hujung tangan ini... memberikan keanggunan pada sipemakai
ini...

TERIMA KASIH kerana melawat laman kami...

BaJu KuRuNg PiNk KoSong (SBB 009)



Ini adalah baju kurung moden yang terhasil daripada kain kosong yang bewarna
pink. Kemudian, ianya ditambah dengan jahitan manik yang menjalar daripada bawah baju.
Sangat menarik untuk dipakai pada hari-hari keramaian seperti kenduri kawin dan sebagainya.



Jahitan pada lengan ini memerlukan pengamatan yang teliti bagi mendapatkan corak yang
indah seperti gambar diatas.


Jahitan pada bawah baju ini kelihatan begitu kompleks tetapi memberikan keserian pada si pemakainya... warna manik yang bersinar menampakan lagi keserian pada baju kurung tersebut.



Inilah gambaran penuh bagi baju kurung moden yang bewarna pink ini ... serta dihiasi
dengan jahitan manik yang pelbagai...

BaJu KuRuNg UnGu (SBB008)


Menyerikan lagi baju ini dengan gubahan manik yang menawan seperti
kuntuman-kuntuman bunga yang diserikan lagi dengan daun-daun yang bewarna
hijau yang menawan. Boleh dihiasi pada bahagian lengan baju.


Diantara bunga disambungkan dengan manik putih yang berturutan
menunjukan yang bunga tersebut tidaklah kelihatan keseorangan. Dan menambah
kekuatan bunga tersebut.



Warna bunga yang bewarna ungu dan krim (labuchi) adalah pilihan yang
menarik berdasarkan kepada warna kain tersebut. Gabungan warna tersebut
menjadikan pemakai kelihatan ayu bila memakai nya....